Sunday, June 14, 2009

Pendahuluan

Kurikulum Literasi Maklumat menjadi landasan kepada proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran literasi maklumat di sekolah dan merupakan satu panduan begi guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran literasi maklumat. Suatu kurikulum literasi maklumat perlu dibentuk berdasarkan perinsip-perinsip tertentu bagi memenuhi kehendak negara, masyarakat dan individu serta sesuai dengan frasarana pendidikan dan persekitaran sekeliling murid.


Literasi Maklumat di peringkat sekolah ini adalah usaha pihak guru sendiri untuk mempelajari teknik-teknik pengolahan ilmu komputer melalui bahan rujukan, latihan dalaman, pendidikan interaksi, pautan laman-laman web lain. Pendidikan teknologi maklumat ini akan dimulakan dari peringkat ke peringkat yang lain. Guru merupakan tenaga pengajar yang utama di dalam proses P&P, maka adalah jadi tanggungjawab guru harus memperolehi ilmu literasi maklumat dahulu sebelum ilmu ini disalurkan kepada pelajar nanti.


Diharapkan dengan pembinaan blog ini dapat membantu guru-guru atau murid-murid sekolah ini memperolehi maklumat literasi komputer dengan lebih pantas dan dijadikan pembelajaran kendiri sebagai budaya peningkatan diri di sekolah ini.



No comments:

Post a Comment