Tuesday, June 16, 2009

Dapatan Kajian Tindakan PSS

Dapatan Kajian Tindakan Untuk Pembangunan

Pusat Sumber Sekolah

(i) Kes Kajian I: Kebolehan penggunaan ICT dalam pengurusan Pusat

Sumber Sekolah di kalangan guru



Dapatan I:

(i) Tahap Kemahiran ICT- Kebanyakan guru mempunyai tahap sederhana dalam menggunakan aplikasi MS Excel atau MS Eccess serta penggunaan perisian pengautomasian PSS dan penggunaan internet. Secara keseluruhannya, guru juga bersetuju bahawa tahap kemahiran dari peringkat sederhana hingga peringkat tinggi dikatakan pada aras yang tinggi iaitu mencatat 85.83%. Ini bermakna kebanyakan guru di sekolah ini menguasai kemahiran ICT secara umum. Pada persepsi guru, min keseluruhannya adalah pada tahap memuaskan, iaitu 2.69. Ini bermakna penggunaan guru mempunyai kesediaan untuk menggunakan kemahiran ICT dalam proses penggurusan PSS.


(ii) Tahap Penggunaan ICT dalam Pengurusan PSS - Sebanyak 66.7% agak setuju dengan latihan yang tersedia dalam bahan interaktif (coursewares) adalah sesuai dengan tahap murid. Manakala 55.6% daripada pengajar memberi maklum balas bahawa murid menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran jika kelengkapan ICT diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, murid juga dapat membuat penilaian diri dengan bahan interaktif yang dibekalkan. Analisis yang terpapar di atas menunjukkan min keseluruhannya ialah 3.22. Dapat dikatakan bahawa penggunaan kelengkapan ICT dalam proses pembelajaran murid adalah pada tahap agak berkesan.


(iii) Faktor dorongan - Berdasarkan analisis yang dibuat, didapati guru mempunyai kemahiran asas ICT untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam pengurusan PSS, iaitu sebanyak 75%. 70% guru-guru berpendapat bahawa pengurusan PSS harus menggunakan kelengkapan ICT untuk menjimatkan masa. Mereka rela menggunakan kelengkapan ICT yang sedia ada (55%) dalam pengurusan PSS . Guru juga menyetuju bahawa Pusat Sumber Sekolah merupakan satu tempat yang sesuai untuk pengagihan masa yang mencukupi untuk waktu Matematik adalah menjadi galakkan utama bagi pengajar menggunakan kelengkapankelengkapan ICT (75%) terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keempat-empat faktor ini merupakan faktor penggalak kepada penggunaan kelengkapan ICT dalam proses pengurusan PSS.


(iv) Faktor halangan - Didapati bahawa terdapat empat faktor penghalang mutlak yang mempengaruhi guru menggunakan ICT dalam pengurusan PSS. Antaranya ialah guru sukar memperolehi kelangkapan ICT yang mencukupi untuk menampung penggunaan PSS (55%) serta kelengkapan ICT terhad dalam pengurusan PSS (65%). Guru tidak berkeyakinan dengan penggunaan kelengkapan ICT juga merupakan satu faktor penghalang utama guru kurang menggunakan kelengkapan ICT dalam pengurusan PSS, iaitu sebanyak 55%. Sehubungan dengan itu, 55% guru berpandangan bahawa faktor yang mempengaruhi mereka menggunakan kelengkapan ICT ialah guru sukar mendapat bantuan juruteknik apabila menghadapi masalah teknikal kelengkapan ICT. Kesimpulannya, penyedaran sikap pengajar dan tindakan pihak berkenaan dalam mendapat bantuan juruteknik adalah penting untuk mempengaruhi penggunaan kelengkapan ICT pengajar dalam proses pengurusan pusat sumber.


Pembangunan PSS:

Pihak sekolah perlu menyediakan Kursus atau Bengkel Komputer untuk meningkatkan tahap penguasaan ICT bagi guru-guru sekolah.

Berikut adalah beberapa pembangunan PSS di peringkat sekolah:

(i) Bengkel Penggunaan Pengautomasian PSS

(ii) Bengkel Mengurus Perisian PSS (Program Nilam)

(iii) Bengkel Penggunaan Kelengkapan ICT

Semua pembangunan ini melibatkan pembangunan dari modal insan. Diharap dengan adalah bengkel-bengkel ternyata di atas, guru dapat mengurus PSS dengan menggunakan kelengkapan ICT sepenuhnya.


(ii) Kes Kajian II: Konsep Gerak Ilmu mengatasi masalah Nilam


Dapatan II: Kajian yang telah dijalankan dapat meningkatkan minat dan murid telah dapat mengagihkan masa untuk membaca. Masalah yang dinyatakan di dalam Kajiselidik yang dijalankan telah dapat mengurangkan jurang pembacaan di kalangan murid-murid. Malahan murid-murid dapat memanafaatkan masa yang ada. Adalah diharapkan kajian ini nanti akan meningkatkan bilangan pembacaan Nilam. Konsep Gerak Ilmu diperlukan untuk meningkatkan pencapaian Nilam di peringkat sekolah.


Pembangunan PSS:

Perlaksanaan Konsep Gerak Ilmu di peringkat sekolah seperti berikut:

Langkah 1 : Konsep Buku Mencari Murid.

Hasilan kajian menunjukkan bahawa murid menghadapi masalah untuk meminjam buku di Pusat Sumber kerana kekangan masa. Oleh itu, guru mula memperkenalkan konsep buku mencari murid. Di mana setiap dua atau tiga hari, guru berkenaan akan berjumpa murid di dalam kelas dengan membawa beberapa buah bakul yang mengandungi buku-buku. Murid dibenarkan meminjam buku tanpa perlu berada di Pusat Sumber Sumber.


Langkah 2 : Murid meminjam buku tanpa jadual.

Melalui pemerhatian, kadang-kala murid yang tidak sihat atau ada waktu-waktu terluang, murid dibenarkan berjumpa dengan guru untuk meminjam buku. Secara tidak langsung, konsep meminjam tanpa jadual ini dapat menambahkan minat murid membaca kerana murid tidak perlu menunggu masa untuk meminjam atau memulangkan buku mengikut jadual.


Langkah 3 : Tapak Pinjaman Bebas.

Zon bebas memimjam adalah salah satu langkah untuk membenarkan murid meminjam tidak bertumpu kepada Pusat Sumber sahaja. Sebaliknya murid dibenarkan meminjam mengikut kelapangan murid. Langkah yang dijalankan selaras dengan Konsep Mesra Buku atau dikenali Gerbang Ilmu dapat meningkatkan pembacaan murid. Murid-murid tidak terikat dengan satu peraturan sahaja. Sebaliknya murid merasa senang dan selesa untuk meminjam buku-buku tanpa terikat dengan sesuatu peraturan sahaja. Beberapa orang murid dilantik sebagai perpustakawan sekolah yang bertanggungjawab merekod pinjaman buku dan kemudian rekod tersebut direkod oleh guru dengan perisian pengautomasian PSS.

No comments:

Post a Comment